ReNungAn

Untuk suami.. renungkanlah…

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia.
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah tidaklah setaqwa Aisyah pun tidak setabah Fatimah..
Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita

menjadi solehah… Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban
bersama Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya..
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya..
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.
Isteri adalah murid kamu mursyidnya .
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya..
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya..
Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa..
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana

Justeru kamu akan tersentak dari alpa Kamu bukanlah Rasulullah S.A.W..
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh… amin..

Untuk isteri.. renungkanlah…
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia.
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad S.A.W..
Tidaklah setaqwa Ibrahim Alaihissalam..
Pun tidak setabah Ayyub atau pun Segagah Musa.. apalagi setampan Yusuf.
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita cita
membangun keturunan yang soleh…

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung kamu penghuninya
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya

Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya

Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya..
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa.
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt
Kerana memiliki suami yang tak segagah mana..
Justeru kamu akan tersentak dari alpa?.
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga..
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara ..
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah… amin…

Justeru itu wahai para suami dan isteri.jangan menuntut terlalu tinggi
seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya

Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman dan
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah

One Response to “ReNungAn”

  1. arief Says:

    suatu ketika Rasulullah menangis tersedu-sedu,para shbt bertanya wahai gerangan apa yg membuat baginda begitu sedih,sampai kami pun ikut terhanyut dlm kesedihan,Baginda Rasull menjawab;aku rindu kpd umatku,umat yg mana wahai junjungan?!kami adalah sahabat2&umat2mu yg setia. Baginda menjawab;aku rindu kpd umatku diakhir jaman,dimana mereka akan seperti menggenggam bara api dalam menjalankan ajaranku…semoga kita termasuk di dalamnya,amiien..

Leave a Reply